Search This Blog

Thursday 24 January 2013

SELAMAT HARI RAYA MAULID NABI MUHAMMAD SAW


  BERANDA     PROPERTI      SOSIAL       SERBA SERBI     KESEHATAN       

www.jbsprokalbar.blogspot.com  Kamis, 24 Januari 2013|08:00 WIB

JBSPROKALBAR MENGUCAPKAN:



jbsprokalbar-Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak.

“Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya,” kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad.

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin,12 Rabiu awal ( 20 April 571 M ),. Ibu baginda, yaitu Aminah Binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya,Abdullah , ialah anak  Abdul muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim  kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimathus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam(Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
www.jbsprokalbar.blogspot.com
*Dari berbagai sumber